Photobucket

Friday, July 16, 2010

blog da d penuhi sesawang..adoi..penat mencipta pengalaman alam pekerjaan..mmg sonok nga kerja ak skang ni, mcm org ak jumpa, ak pn da x kisah nga warna kulit aku yg dh smakin gelap gelita, x kisah r klo knvo nnti kulit ak gelap, mkn pn da kurang..itu lh ak...bila kepenatan, makan minum pn ntah kemana..tp body maintain.... huhuhuhuhu..

Sunday, May 02, 2010

.::MeLaNgKaH Ke aLaM BaRu.::

mulai hari ini...saat kaki ku kelangkah keluar dari pagar ukm....
aku akn memulakan hidup baru..setiap apa yg pahit yg pernah aku
lalui di bumi UKM ini, akn aku tinggalkan..dan aku xkan ulangi lagi...
meskipun apa yg aku harapkan selama ni yg menghampiriku..
aku dh puas mencuba,telah letih diri ini.....
bgi ku..biarlah ianya hilang ditelan zaman...
aku akn anggap pe yg berlaku pd diriku adalah sebuah cerita yg aku saksikan di kaca tv..
bukan berlaku ke atas diri ku....
dan mulai saat ini..aku tidak lagi mengenali mereka2 yg pernah melukai ku...
aku ingin lupakn mereka, agar kepedihan luka ini cepat sembuh...

Friday, April 30, 2010

.::buat sahabat2 kesayanganku....

DuLu KiTe sElALu JuMpA...
BoRaK SaMe2..
GeLaK SaMe2..
Pe yG KiTa Wt MsTi Ada KeNaNgan Yg InDaH2..
SaMPaI RaSa cM xNk LaRi Je Dr mAsA 2...
SkArAnG Kita Dh JauH....
XdPt JmPa SeLaLu...


McM mNe
KlO 1 Hari
Sy DiTaKdKaN TiAda lg?


MaSe Yg KiTe SiMpaN SaMe2 Tu...
SeNtIaSa BoLeH Wt KaLiaN TsenYuM...
BuKaN UtK DiTanGisI..
SbB...
NnT Sy SeDiH..
TgK KwN2 Sy Sedih....
& JgN LuPa...Ada @ X Sy,
Sy SeNtiAsa Nk AmIk TaU TenTaNg KaLiAn...
Pe Pn Yg TjaDi,
KiTa TeTap KwN, KaLiAn TeTap Di HatI...SmPi MaTi

Saturday, April 17, 2010

.::LeLaKi & EmAs PART 2 ( barang kemas yang bukan emas)

CINCIN PERAK

Kaum lelaki sunnat memakai cincin perak, kerana ikut sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana dalam hadith daripada Ibnu Umar r.hma : Nabi SAW telah membuat cincin daripada emas dan meletakkan batu permata ditengah-tengahnya, kemudian baginda mengukir "محمد رسول الله " di atasnya. apabila orang ramai melihat cincin baginda itu, mereka membuat cincin seperti itu, maka baginda berkata : jangan sama sekali memakai cincin itu. sesudah itu baginda membuat cincin daripada perak, maka orang ramai buat cincin perak seperti itu. Ibnu Umar berkata, selepas zaman Nabi SAW, Abu Bakr, Umar dan Uthman sentiasa memakai cincin perak.(taisir al-wusuul 2/133)

Daripada Anas r.a, katanya : cincin Nabi SAW adalah daripada perak yang mengandungi permata.(Fath al-Barie 10/322)

Daripada Anas bin Malik ra, katanya : Apabila Nabi SAW menghantar perwakilan kepada mana-mana kaum atau orang asing, ada orang berkata kepada baginda : mereka itu enggan menerima surat kecuali utusan itu memakai cincin. selepas itu Nabi SAW memakai cincin perak yang diukir (محمد رسول الله) . saya lihat seolah-olah ada kilat di jari nabi SAW atau di tangan baginda.(Fath al-Barie 10/373)

Jumhur berpendapat, sunat bagi semua lelaki memakai cincin perak, tidak kira samada dia sultan (pihak berkuasa) atau orang biasa. ini berdasarkan kepada ayat al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah adalah contoh dan teladan yang baik (al-Ahzab :21)

Imam al-Nawawi berkata, berdasarkan kepada pendapat ijma' ulama' : harus bagi lelaki memakai cincin perak, samada dia seorang pemerintah atau tidak. adapun pendapat ulama' dari Syam, makhruh bagi lelaki yang bukan pemerintah memakai cincin perak, adalah pendapat terpinggir yang boleh ditolak, kerana berdasarkan kepada nas-nas dan ijma' para ulama' salaf.(al-Majmuu' 4/344)

para ulama' berpendapat, makhruh bagi lelaki memakai cincin yang menyerupai kaum wanita, seperti ada dua atau tiga permata.(al-Fataawa al-Hindiyah (5/335)


CINCIN BESI, TIMAH DAN TEMBAGA


Jumhur fuqaha' berpendapat makhruh memakai cincin yang diperbuat daripada besi, tembaga, timah dan sebagainya, kerana hadith daripada al-Nu'man bin Bashiir, katanya : Saya memakai cincin emas, kemudian saya masuk menemui Rasulullah SAW. baginda bersabda :"Kenapa engkau memakai pakaian ahli syurga, belum lagi engkau masuk syurga?. maka saya pum membuang cincin itu dan saya memakai pula cincin besi dan masuk menemui baginda. kemudian baginda bersabda :"kenapa engkau memakai pakaian ahli neraka? kemudian saya memakai pula cincin tembaga dan menemui baginda. baginda bersabda :"sesungguhnya aku berbau bauan berhala dari engkau. maka saya pun bertanya :"cincin apa yang saya boleh pakai wahai Rasulullah? sabda baginda :"pakailah cincin daripada perak dah janganlah lebih daripada satu mithqal berat (satu mithqal kira-kira 0.5 gram).

Daripada 'Ammaar bin Abi 'Ammaar, bahawa 'Umar bin al-Khattab telah berkata :"apabila Rasulullah ternampak cinicin emas ditangan seorang lelaki, maka baginda pun bersabda :" buangkan itu. orang itu pun menanggalkannya dan memakai cincin besi. baginda bersabda lagi :" itu lebih buruk lagi. kemudian lelaki itu memakai cincin perak, baginda pun diam.(dikeluarkan oleh imam Ahmad, sanadnya sahih). tetapi 'Ammaar tidak mendengarnya sendiri daripada 'Umar r.a.(al-Fataawa al-Hindiyah 5/335)

Apabila Abdullah bin 'Amru memakai cincin emas. Rasulullah SAW melihat kepadanya seolah-olah baginda melarangnya, mak beliau pun menanggalkannya dan memakai cincin besi. kemudian Rasulullah SAW bersabda :" ini lebih buruk dan lebih sia-sia. maka beliau pun menanggalkannya dan memakai pula cincin perak, maka baginda diam.(Majma' al-zawaa'id 5/151)

Abdullah bin 'Amru berkata :"Nabi SAW twlah melarang memakai cincin emas dan cincin besi. (dikeluarkan oleh al-baihaqie dan al-tabraanie didalam al-awsat dengan sanad yang kuat)

Di dalam kitab Badaa'i al-Sinaa'i ada menyebut, makhruh bagi lelaki dan wanita memakai cincin besi yang diperbuat daripada besi, tembaga dan tembaga kuning, kerana pakaian ahli neraka berdasarkan hadith daripada al-Nu'man bun Bashiir. sebahagian ulama' mazhab hanafi perpendapat ianya haram.

Dalam kitab Furuu' ada menyebut, makhruh bagi lelaki dan wanita memakai cincin besi, tembaga dan timah.

Ada pendapat lain yang berbeza dengan pendapat jumhur, yang berkata, harus memakai cincin besi, timah dan tembaga berdasarkan hadith daripada Abdul Aziz bin Abi Haazim daripada bapanya, yang mendengar Sahal bin Sa'ad yang menceritakan bahawa telah datang seorang wanita menemui Nabi SAW, wanita itu berkata:'saya datang untuk menyerahkan diri. dia berdiri lama sehingga Nabi mengakui kebenarannya. maka seorang lelaki berkata :'kahwinkan saya dengan dia, jika tuan tidak mahu. baginda bertanya, engkau ada apa-apa untuk dijadikan mahar?dia menjawab :"tidak ada. baginda bersabda :" pergi ceri. dia pun pergi dan balik semula dan berkata:"Wallaahi, saya tidak ada apa-apa pun. Nabi SAW bersabda:"pergilah mencari dan bawa walaupun sebentuk cincin besi. dia pergi dan kembali semula sambil berkata:"tidak ada, Wallaahi walaupun sebentuk cincin besi. lelaki itu memakai baju tetapi tidak ada baju luar dan berkata:" saya jadikan baju saya ini sebagai sedekah (mahar), Nabi SAW bersabda:"jika baju engkau dipakaikan kepada dia (perempuan tadi), maka engkau tidak ada baju lagi. lelaki itu pun beredar dan duduk. kemudian Nabi SAW menyuruh seorang pembantu memanggilnya dan baginda bersabda kepada lelaki itu :"engkau ada menghafaz ayat al-Quran?". lelaki itu menjawab : ada. baginda bersabda:" engkau miliki dia (sebagai isteri) dengan al-Quran yang ada pada engkau".(Fath al-Baarie 10/323, Sahih Bukharie 7/202)

Jumhur fuqaha' berkata, hadithdaripada sahal bin Sa'ad itu berlaku sebelum larangan memakai cincin yang diperbuat daripada besi. dan kemungkinan dalam kes itu, jika lelaki itu ada cincin sebagai mahar, bolehlah wanita itu mendapat manfaat daripada harga cincin itu.(Fath al-Baarie 10/323)....bersambung



Wednesday, April 14, 2010

.:: LeLaKi & EmAs ::. ( part 1)

Lelaki haram memakai sebarang pakaian yang diperbuat daripada emas, kerana Hadith daripada Ali r.a bahawa Nabi SAW telah memegang sutera dari tangan kanan dan memegang emas di tangan kirinya. kemudian baginda mengangkat kedua-dua barang itu sambil bersabda : "Sesungguhnya dua barang ini haram keatas umatku yang lelaki dan halal bagi wanita mereka."(IA,AD,AN,IM)

Daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah SAW telah melarang memakai barangan yang tidak bernilai, pakaian yang dicelup dengan warna kuning, cincin emas dan juga membaca ayat al-Quran semasa ruku.(HM)

Daripada Ibn Abbas r.a, katanya : Rasulullah ternampak cincin emas ditangan seorang lelaki. baginda mengambilnya dan mencampak cincin itu, dan bersabda :" jika kamu mahu berpeganga pada batu didalam neraka, maka pakailah ditangan kamu." kemudian ada orang berkata kepada lelaki itu selepas Rasulullah SAW pergi :" ambillah cincin engkau itu untuk mendapat manfaat daripadanya". lelaki itu menjawab :" tidak, wallaahi, aku tidak akan mengambilnya sama sekali, kerana Rasulullah SAW telah mencampakkannya.

keengganan lelaki itu untuk mengambil balik cincinnya itu, bukanlah kerana menunjukkan haram mendapatkan manfaat daripada cincin itu,. keengganannya itu hanya menunjukkan dia kuat berpegang kepada larangan Rasulullah SAW itu. kalaulah dia mengambil balik cincin itu, dia tidak dilarang menjual atau memberikan sedekah kepada orang yang memerlukannya, kerana Nabi SAW tidak melarang berurusan dalam semua keadaan yang berkaitan dengan emas. larangan itu hanyalah memakai sahaja.


HIDUNG DAN GIGI DARIPADA EMAS

pada asalnya emas diharamkan kepada lelaki, tetapi ia dikecualikan dalam dua keadaan :

1. harus bagi orang yang kehilangan hidung, membuat hidung palsu dengan emas.

diriwayatkan daripada 'Arfajah bin As'ad telah hilang hidung dalam peperangan pada zaman jahiliyyah di Kilaab (terletak diantara khufah dan Basrah). dia telah membuat hidung palsu daripada mata wang perak, maka Rasulullah SAW menyuruh beliau membuat hidung palsu itu daripada emas. (AT 4/240, AN 2/286)

Para fuqaha' bersetuju tanpa khilaf tentang keharusan membuat hidung palsu dengan emas, kerana itu sebagai darurat.(al-Majmuu' 1/315, abadaa'i al-sinaa'i 5/132)

Pendapat yang mahsyur dikalangan fuqaha' pula, tidak harus membuat jari palsu daripada emas, kerana tidak berfungsi seperti jari asli, tetapi harus jika disambung pada hujung jari.(al-Majmuu' 1/317)

2. berdasarkan kepada Hadith daripada 'Arfajah tadi, para ulama' bersepakat mengatakan bahawa membuat gigi palsu dengan emas atau menampal gigi dengan emas adalah harus. begitu juga harus membuat atu menampal gigi dengan perak.

Imam malik berkata :" halal memperkuatkan gigi dengan emas dan perak, kerana kedua-duanya sama taraf.......bersambung

Saturday, April 10, 2010

.:: BiLa PaDeRi TeRpAkSa BuKa RaHsiA::.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Salah satu bacaan yg terbaik dan disyorkan utk membacanya bg sesiapa yg x pernah lg membacanya. Moga ia menjadi teladan kepada kita semua, insyaAllah....


لاٳله ٳلا أنت سبحانك ٳني كنت من الظالمين


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan
harapa semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah
pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang
terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan
ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab
dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan
ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

Wallahualam..

Thursday, April 01, 2010

.:: PeRpISaHaN:::.

perpisahan....perpisahan merupakan perkara yang paling tidak disukai oleh sesiapa pun..
namun, perpisahan itu sentiasa terjadi dan inya sininom dengan kehidupan kita...

Perpisahan..membawa kesedihan kepada siapa sahaja...
ya...ada juga yang gembira, tetapi bila pertemuan yang dilaluinya tidak membuahkan ceria sahaja yang merasakan nikmat akan perpisahan..

Tapi aku yakin..bahawa dengan adanya perpisahan itu, adanya kebahagiaan yang menanti..
cuma kita tidak tahu waktunya...dan kita juga mungkin hanya menyedari adanya pertemuan dengan perpisahan....

Ya..perpisahan itu seharusnya berlaku..walau berat hati melepaskan, kita perlu redha bahawa tempoh pertemuan kita telah tamat..

Perpisahan...perpisahan bukanlah beerti kita harus berpisah dengan melupakan kasih sayang yang wujud daripada pertemuan..jalinan itu mestilah terus terjalin..

Perpisahan...kita harus bersyukur dengan perpisahan ini merupakan perpisahan dalam meneruskan perjuangan dunia dan akhirat...

meskipun maut yang melengkapi perpisahan ini..kasih sayang tetap terjalin dengan rantaian doa dan kenangan....

salam perpisahan...

Sunday, March 21, 2010

.::mimipi seorang siswazah bertemu dengan Rasulullah::.

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan
sebuah pengalaman yg amatberharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.

Pesan ustaznya, setiap kali beliausakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana .

Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di
sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.

Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar!Kemudian Baginda Nabi s.a.w.berkata: QalAllahuta' ala;"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi
mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya
Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina
Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.'maka mereka mempelajari dari keduanya(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang
menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para
sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini,beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air
untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini.

Tapi itutak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah
saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah
sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam.

Wednesday, March 10, 2010

.::TeKa TeKi 1::.

Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Friday, March 05, 2010

.::MaSaLaH BiNtI PrObLeM::.

ASSALAMUALAIKUM..salam yang mulia buat kalian, dimalam jumaat bulan mengambang, terang benderang semesta alam, tak payah pasang lampu sudah terang, yang gelap jadi terang, yang terang memang terang, yang hitam jadi terang, yang kalut jadi tenang, tenang2 wahai sang hati, hati2 semasa terang..huhuhuhu..ntah pe2..nsib bek xgna dakwat pen, klo x wt membazir je...hrm..ak jgk yg wt..huhuhu..

mlm ni sje2 nk tulis psal masalah binti problem..cz sume org akan berhadapan dgn makhluk ni..dan mcm2 cara akan diambil utk menghilagkan stress akibat daripada minah masalah ni..ader yg melancong..ade yg bc buku..ade yg ke tempat2 org ramai, ade yg ke tempat yg tenang, ade yg buat blog semata2 nk luahkan perasaan dan aku...asalnye ak wt blog ni, itulh tujuan ak...tp xbleh cz ase cm bnyk je maklumat2 yg kena kongsi..tp 1 ape pn ak xkongsi cz ak xpndi nk karang ayat2 yg menusuk ke kalbu pembaca2...inisiatif ke2 slps blog ni asenye xpyah r gtau..huhuhu..cz org xpnah wt kot..ak je..huhuhu...

ok, blik kpd masalah minah msalah, sbenarnya ak ngah berdepan nga masalah shingga mnybabkan emosi ak xstabil..sume org ak nk marah..rmi jgk yg jd mangsa..huhuhu..ngah ak layan inisiatif utk menghilangkn stress, ade r sorg kwn msg ak..dh time tu ak ngah emo, pantang org tnya...trus crita nga curahan air mata...huhuhu..(malu2)

ok, antara cara yg kwn ak bg kt ak, yg pnah ak amalkn (tp skang ntah cmne leh lalai) dan caranya sgt2 berkesan..

1 ) ambil wudhuk...
2 ) baca al-Quran dgn ikhlas
3 ) slawat banyak2
4 ) wt smayang hajat spy ALLAH tenangkan hati dan permudahkan segala urusan
5 ) elakkan diri drpd berada di tempat sunyi or sorg diri
6 ) cuba jgn layan perasaan...

ini yg ak pnah wt dan beberapa tips dr kwn ak...dan 1 lg, aku akan tdo....and then skang ni pun ak nk tdo..bkn cz stress, tp cz ngantuk tahap cipan yang giler...huhuuhu..klo ade penambahan sila2lah tambah kt bhgian komen yer...cz asenye bnyk lg yg ak trtinggal kt atas...tulisan tanpa rujukan..biase la...uuuwwwrrrgghhhh...gud nyte...salam...

Tuesday, February 23, 2010

.::WaNiTa yG DiTaKdiRkaN UnTuK LeLaKi::.

ntah kenapa tetiba ak teringat soalan drpd bbrape kwn ppuan ak..soalannya sama..tp dr org yg berbeza...dorg tnya ak.."nape org laki yg warak/beriman & sama waktu dgnnya xnk jdkan ppuan2 yg kurang agama sbg isterinya?sdgkan ppuan2 ni perlukan bimbingan mrk..klo mrk xbimbing ppuan2 ni, mst ppuan ni akn trus hanyut..."

hrm..mula2 blur jgk nk jwb..tp nsib bek Allah takdirkn ak blajar dlm bidang agama & bnyak blajar ttg tafsiran al-Quran..wlopn ilmu bkn didada tp just dlm buku..tp xsume dlm buku..ade jgk yg melekat kat dada ni...alhamdulillah...

wahai sahabat2...tidaklah jodoh itu terjadi melainkan dgn izin Allah dan pengetahuan sebagai pengatur dan perancang yg terbaik, kita hanya mampu berusaha mencari pasangan hidup yang terbaik, sesuai dgn kriteria yg telah Nabi saw sendiri ingatkan.

Allah swt telah berfirman didlm kitabNya yg penuh kemukjizatan, yg bermaksud :
wanita2 yg keji adalah utk laki2 yg keji, dan laki2 yg keji adalah utk mana2 wanita yg keji pula, dan wanita2 yg baik adalah utk laki2 yg baik dan laki2 yg baik adalah utk wanita2 yg baik pula.(surah an-Nur 24:26)

jika kita menginginkan pasangan hidup yg baik, ianya mestilah bermula dgn diri kita sendiri, cuba mengubah dan berusaha utk jd baik. dgn perubahan diri kita, maka kita akn mampu melihat kesan perubahan kita kpd yg lain sehingga bakal @ pasangan hidup kita...InsyaAllah..

sesungguhnya Allah perancang terbaik hidup kita, maka cukuplh kita bersangka baik dgn ketentuan dan ketetapanNya terhdp hamba2Nya yg soleh & solehah, sesuai dgn usaha, doa & tawakkal kita...Amin...

Saturday, January 30, 2010

.::HaTi Yg PiLu::.

wahai sang langit...
adakah engkau dapat merasakan kepiluan hatiku ini??
sehinggakan mencurah2 air mata mu mengiringi tangisanku dikala ini....

wahai sang rembulan..
kemanakah dikau menghilang??
ataukah dikau menyembunyikan wajah mu ditirai malam?
pilukah engkau wahai rembulan melihat tangisanku ini?

hati...
menangislah dikau bertemankan langit dan bulan...
agar kepiluan itu menghilang...
agar esok tiada tangisan dihadapan teman2...
wahai hati...kuatlah dikau dihadapan teman2..
agar tiada yg tahu kedalaman lukamu..
wahai air mata..keluarlah dikau..
mengalirlah semahu mu..basahkanlah pipi yg telah lama kering..

Ya Allah..kuatkanlah semangatku untuk hari esok..
agar tiada siapa berasa gerun utk meluah isi hatinya pd ku..
ak ingin tetap menjadi pendengar setia kepada teman2 ku...

Ya Allah..lindungilah setiap kesedihanku disebalik senyuman dan gelak tawaku..
Ya Allah..pudarkanlah sinar kerinduan di mata ku ini..agar tiada siapa yg tahu..

Ya Allah..ak pohon pd Mu..cucurilah rahmat keatas rohnya Ya Allah..pertemukan kami dalam masa yg terdekat Ya Allah..ak merinduinya..ak xsempat menatapnya buat kali terakhir sebelum dia menutup mata..Ya Allah..tempatkanlah dia di tempat hamba Mu yg soleh..sesungguhnya dia xpernah berbuat dosa pd Mu Ya Allah..lahirnya adalah satu rahmat buat ku..buat keluarga ku...sbg tanda kami tidak Engkau lupakan..Ya Allah..tabahkan hati insan2 yg menyanyangi dan merinduinya sebagaimana ak..amin...

Thursday, January 21, 2010

.::LaWaTaN Ke UDM, TerEnGGaNu::.

salam sejahtera (samudera) kpd semua cinta adam&hawa (misha omar)..kehkehkeh..kali ni xde pe yg nk d postkan, cma nk kongsi kegumbiraan cz 22/1- 24/1 ni ak bakal menjejakkan kaki ke neg tumpah darahku..iaitu terengganu..dh bertahun ase nye ak x blik sane...kecik2 dlu slalu gak blik raye..skang x dh..tokki pn dh xde..yg ade cma pok,pk su, mk su, ngah, mk long, mk cik..n spupu spapat len...klo nk kira rmi je sdare mare..cz tokki ak ni kwin ramai..tp xtau kmane sumenye..ayah ak mmg r knl adik bradik die..ntah2 ttbe ak kwin nga spupu spapat ak sdiri pn ak xtau..huhuhu..

xsabarnye ase nk p sane...truja giler...hrm..seingat ak...tok sdare ak mati masa 2006 pn ak xblik, cz msa tu ak kt asrama..sblm 2 pn dh bnyk taun ak xblik..spupu ak kwen pn ak xblik..msa tu ting 5 kot..dlm 2004..sblm spupu ak kwen pn ak xblik r..huhuhu...tp msa ting 5, ktorg ad wt lawatan p tganu...p planeterium, muzium, msjid trapung, mne lg ntah..ak pn xigt...

sonok nyerrrrrrrrr...muhahahahaha..(tulisan yg xbg pe2 faedah :P)