Photobucket

Saturday, April 17, 2010

.::LeLaKi & EmAs PART 2 ( barang kemas yang bukan emas)

CINCIN PERAK

Kaum lelaki sunnat memakai cincin perak, kerana ikut sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana dalam hadith daripada Ibnu Umar r.hma : Nabi SAW telah membuat cincin daripada emas dan meletakkan batu permata ditengah-tengahnya, kemudian baginda mengukir "محمد رسول الله " di atasnya. apabila orang ramai melihat cincin baginda itu, mereka membuat cincin seperti itu, maka baginda berkata : jangan sama sekali memakai cincin itu. sesudah itu baginda membuat cincin daripada perak, maka orang ramai buat cincin perak seperti itu. Ibnu Umar berkata, selepas zaman Nabi SAW, Abu Bakr, Umar dan Uthman sentiasa memakai cincin perak.(taisir al-wusuul 2/133)

Daripada Anas r.a, katanya : cincin Nabi SAW adalah daripada perak yang mengandungi permata.(Fath al-Barie 10/322)

Daripada Anas bin Malik ra, katanya : Apabila Nabi SAW menghantar perwakilan kepada mana-mana kaum atau orang asing, ada orang berkata kepada baginda : mereka itu enggan menerima surat kecuali utusan itu memakai cincin. selepas itu Nabi SAW memakai cincin perak yang diukir (محمد رسول الله) . saya lihat seolah-olah ada kilat di jari nabi SAW atau di tangan baginda.(Fath al-Barie 10/373)

Jumhur berpendapat, sunat bagi semua lelaki memakai cincin perak, tidak kira samada dia sultan (pihak berkuasa) atau orang biasa. ini berdasarkan kepada ayat al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah adalah contoh dan teladan yang baik (al-Ahzab :21)

Imam al-Nawawi berkata, berdasarkan kepada pendapat ijma' ulama' : harus bagi lelaki memakai cincin perak, samada dia seorang pemerintah atau tidak. adapun pendapat ulama' dari Syam, makhruh bagi lelaki yang bukan pemerintah memakai cincin perak, adalah pendapat terpinggir yang boleh ditolak, kerana berdasarkan kepada nas-nas dan ijma' para ulama' salaf.(al-Majmuu' 4/344)

para ulama' berpendapat, makhruh bagi lelaki memakai cincin yang menyerupai kaum wanita, seperti ada dua atau tiga permata.(al-Fataawa al-Hindiyah (5/335)


CINCIN BESI, TIMAH DAN TEMBAGA


Jumhur fuqaha' berpendapat makhruh memakai cincin yang diperbuat daripada besi, tembaga, timah dan sebagainya, kerana hadith daripada al-Nu'man bin Bashiir, katanya : Saya memakai cincin emas, kemudian saya masuk menemui Rasulullah SAW. baginda bersabda :"Kenapa engkau memakai pakaian ahli syurga, belum lagi engkau masuk syurga?. maka saya pum membuang cincin itu dan saya memakai pula cincin besi dan masuk menemui baginda. kemudian baginda bersabda :"kenapa engkau memakai pakaian ahli neraka? kemudian saya memakai pula cincin tembaga dan menemui baginda. baginda bersabda :"sesungguhnya aku berbau bauan berhala dari engkau. maka saya pun bertanya :"cincin apa yang saya boleh pakai wahai Rasulullah? sabda baginda :"pakailah cincin daripada perak dah janganlah lebih daripada satu mithqal berat (satu mithqal kira-kira 0.5 gram).

Daripada 'Ammaar bin Abi 'Ammaar, bahawa 'Umar bin al-Khattab telah berkata :"apabila Rasulullah ternampak cinicin emas ditangan seorang lelaki, maka baginda pun bersabda :" buangkan itu. orang itu pun menanggalkannya dan memakai cincin besi. baginda bersabda lagi :" itu lebih buruk lagi. kemudian lelaki itu memakai cincin perak, baginda pun diam.(dikeluarkan oleh imam Ahmad, sanadnya sahih). tetapi 'Ammaar tidak mendengarnya sendiri daripada 'Umar r.a.(al-Fataawa al-Hindiyah 5/335)

Apabila Abdullah bin 'Amru memakai cincin emas. Rasulullah SAW melihat kepadanya seolah-olah baginda melarangnya, mak beliau pun menanggalkannya dan memakai cincin besi. kemudian Rasulullah SAW bersabda :" ini lebih buruk dan lebih sia-sia. maka beliau pun menanggalkannya dan memakai pula cincin perak, maka baginda diam.(Majma' al-zawaa'id 5/151)

Abdullah bin 'Amru berkata :"Nabi SAW twlah melarang memakai cincin emas dan cincin besi. (dikeluarkan oleh al-baihaqie dan al-tabraanie didalam al-awsat dengan sanad yang kuat)

Di dalam kitab Badaa'i al-Sinaa'i ada menyebut, makhruh bagi lelaki dan wanita memakai cincin besi yang diperbuat daripada besi, tembaga dan tembaga kuning, kerana pakaian ahli neraka berdasarkan hadith daripada al-Nu'man bun Bashiir. sebahagian ulama' mazhab hanafi perpendapat ianya haram.

Dalam kitab Furuu' ada menyebut, makhruh bagi lelaki dan wanita memakai cincin besi, tembaga dan timah.

Ada pendapat lain yang berbeza dengan pendapat jumhur, yang berkata, harus memakai cincin besi, timah dan tembaga berdasarkan hadith daripada Abdul Aziz bin Abi Haazim daripada bapanya, yang mendengar Sahal bin Sa'ad yang menceritakan bahawa telah datang seorang wanita menemui Nabi SAW, wanita itu berkata:'saya datang untuk menyerahkan diri. dia berdiri lama sehingga Nabi mengakui kebenarannya. maka seorang lelaki berkata :'kahwinkan saya dengan dia, jika tuan tidak mahu. baginda bertanya, engkau ada apa-apa untuk dijadikan mahar?dia menjawab :"tidak ada. baginda bersabda :" pergi ceri. dia pun pergi dan balik semula dan berkata:"Wallaahi, saya tidak ada apa-apa pun. Nabi SAW bersabda:"pergilah mencari dan bawa walaupun sebentuk cincin besi. dia pergi dan kembali semula sambil berkata:"tidak ada, Wallaahi walaupun sebentuk cincin besi. lelaki itu memakai baju tetapi tidak ada baju luar dan berkata:" saya jadikan baju saya ini sebagai sedekah (mahar), Nabi SAW bersabda:"jika baju engkau dipakaikan kepada dia (perempuan tadi), maka engkau tidak ada baju lagi. lelaki itu pun beredar dan duduk. kemudian Nabi SAW menyuruh seorang pembantu memanggilnya dan baginda bersabda kepada lelaki itu :"engkau ada menghafaz ayat al-Quran?". lelaki itu menjawab : ada. baginda bersabda:" engkau miliki dia (sebagai isteri) dengan al-Quran yang ada pada engkau".(Fath al-Baarie 10/323, Sahih Bukharie 7/202)

Jumhur fuqaha' berkata, hadithdaripada sahal bin Sa'ad itu berlaku sebelum larangan memakai cincin yang diperbuat daripada besi. dan kemungkinan dalam kes itu, jika lelaki itu ada cincin sebagai mahar, bolehlah wanita itu mendapat manfaat daripada harga cincin itu.(Fath al-Baarie 10/323)....bersambung



No comments: