Photobucket

Wednesday, April 14, 2010

.:: LeLaKi & EmAs ::. ( part 1)

Lelaki haram memakai sebarang pakaian yang diperbuat daripada emas, kerana Hadith daripada Ali r.a bahawa Nabi SAW telah memegang sutera dari tangan kanan dan memegang emas di tangan kirinya. kemudian baginda mengangkat kedua-dua barang itu sambil bersabda : "Sesungguhnya dua barang ini haram keatas umatku yang lelaki dan halal bagi wanita mereka."(IA,AD,AN,IM)

Daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah SAW telah melarang memakai barangan yang tidak bernilai, pakaian yang dicelup dengan warna kuning, cincin emas dan juga membaca ayat al-Quran semasa ruku.(HM)

Daripada Ibn Abbas r.a, katanya : Rasulullah ternampak cincin emas ditangan seorang lelaki. baginda mengambilnya dan mencampak cincin itu, dan bersabda :" jika kamu mahu berpeganga pada batu didalam neraka, maka pakailah ditangan kamu." kemudian ada orang berkata kepada lelaki itu selepas Rasulullah SAW pergi :" ambillah cincin engkau itu untuk mendapat manfaat daripadanya". lelaki itu menjawab :" tidak, wallaahi, aku tidak akan mengambilnya sama sekali, kerana Rasulullah SAW telah mencampakkannya.

keengganan lelaki itu untuk mengambil balik cincinnya itu, bukanlah kerana menunjukkan haram mendapatkan manfaat daripada cincin itu,. keengganannya itu hanya menunjukkan dia kuat berpegang kepada larangan Rasulullah SAW itu. kalaulah dia mengambil balik cincin itu, dia tidak dilarang menjual atau memberikan sedekah kepada orang yang memerlukannya, kerana Nabi SAW tidak melarang berurusan dalam semua keadaan yang berkaitan dengan emas. larangan itu hanyalah memakai sahaja.


HIDUNG DAN GIGI DARIPADA EMAS

pada asalnya emas diharamkan kepada lelaki, tetapi ia dikecualikan dalam dua keadaan :

1. harus bagi orang yang kehilangan hidung, membuat hidung palsu dengan emas.

diriwayatkan daripada 'Arfajah bin As'ad telah hilang hidung dalam peperangan pada zaman jahiliyyah di Kilaab (terletak diantara khufah dan Basrah). dia telah membuat hidung palsu daripada mata wang perak, maka Rasulullah SAW menyuruh beliau membuat hidung palsu itu daripada emas. (AT 4/240, AN 2/286)

Para fuqaha' bersetuju tanpa khilaf tentang keharusan membuat hidung palsu dengan emas, kerana itu sebagai darurat.(al-Majmuu' 1/315, abadaa'i al-sinaa'i 5/132)

Pendapat yang mahsyur dikalangan fuqaha' pula, tidak harus membuat jari palsu daripada emas, kerana tidak berfungsi seperti jari asli, tetapi harus jika disambung pada hujung jari.(al-Majmuu' 1/317)

2. berdasarkan kepada Hadith daripada 'Arfajah tadi, para ulama' bersepakat mengatakan bahawa membuat gigi palsu dengan emas atau menampal gigi dengan emas adalah harus. begitu juga harus membuat atu menampal gigi dengan perak.

Imam malik berkata :" halal memperkuatkan gigi dengan emas dan perak, kerana kedua-duanya sama taraf.......bersambung

No comments: