Photobucket

Monday, December 28, 2009

.::WaHai WaNiTa...WaHai LeLaKi::.

Aduhai...setiap wanita itu dikurniakan ALLAH sifat malu...
Kerana sifat malu, wanita tahu menjaga kehormatan dirinya..
kerana malu, wanita tahu menilai batas-batas sosialnya...
kerana malu juga wanita gagal diperdayakan oleh pujukan nafsunya...

kini wanita itu sudah hilang sifat malunya...
kerana hilang malu itu, terdedahlah auratnya...
lantas kehormatan diri tergadai...
kerana hilangnya malu itu, wanita gagal menilai apa itu halal dan apa itu haram..
kerana hilangnya malu itu, wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya syaitan...

Aduhai..setiap lelaki juga dikurniakan sifat malu...
malu untuk melakukan dosa...
malu untuk berpimpin tangan dengan wanita yang belum bergelar isterinya...
lelaki itu juga malu untuk terus leka dengan keindahan dunia...
dan kerana sifat malunya itulah lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
serta selalu mengigatkan dirinya dengan kata-kata "aku takutkan ALLAH"

Malangnya...lelaki itu telah hilang sifat malunya...
sudah berani mengajak wanita berbuat kemungkaran...
sudah hilang malunya dengan lupa akan hukum ALLAH..
kerana hilang malunya, hilanglah taraf sebagai khalifah...

Wahai Wanita dan lelaki sekalian...
janganlah engkau menzalimi dirimu sendiri
dengan meletakan malu itu bukan pada tempatnya..
malulah kamu dengan ALLAH..
malulah kamu dengan RASULULLAH...
malulah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN...
malulah kamu akan dosa-dosa yang pernah engkau lakukan
tanpa sidikitpun rasa takut dan malu terhadap Pencipta dirimu...

Setiap hari kita menjalinkan satu dosa dengan dosa yang lain...
Setiap hari juga kita mengimpikan SYURGA yang penuh dengan kelazatan dan nikmat..
sedangkan kita semua tahu bahawa ADAM dan HAWA dikeluarkan dari SYURGA
hanya kerana satu dosa...
kita tidak mahu mati sebelum bertaubat...
tapi kita tidak juga bertaubat sehingalah datang saat kematian!!!

Wednesday, December 23, 2009

.::sOLat JaMaK & QAsaR::.

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

sumber:http://www.familiazam.com

Sunday, December 20, 2009

.::SeM BaRu LaGi??::.

ASSALAMUALAIKUMmmm...

Salam Maalhijrah 1431H....buat semua, smoga mmpnyai azam n semangat yg baru..tp xbermakna azam taun lepas y xtercapai kna tinggal cm2 je..kn3???

selamat kembali juga buat semua penghuni2 UKM...skang ak dh kt UKM..ak pon mls nk taip pnjang2..kepenatan masih terasa..nsib bek td xjd tukar bilik..klo x..lg penat..merana badan aku nk angkat barang p K4...paipai....?????????

Thursday, November 12, 2009

.::CoPy N PasTE::.WahHaBi??

ini dr blok mmber aku..moga ade skit pemahaman bg yg xtau..

Mengapa sy menulis artikel tentang Wahhabi ni??? Sebabnya mudah je, sebenarnya sy dh sakit kepala dengan cakap2 kosong sesetengah pelajar di fakulti saya, ada pelajar junior tu yang mengatakan yang bukan2 pasal jabatan sy (Jabatan al-Quran wa Sunnah), dia mengatakan jabatan Wahhabi, lecture tu Wahhabi, seolah2 Wahhabi ni satu ajaran yang sesat, bila ditanya apa itu Wahhabi kepada pelajar tersebut, die senyap je, confem xtau apa itu Wahhabi, tp memandai2 je main ikut2 je ckp orang, tu yang sy marah tu, lps tu perheboh kat bdk2 lain, itu Wahhabi, ini Wahhabi, padahal mereka x tahu pun ap sebenarnya Wahhabi ni,inilah perlunya mahasiswa kepada filter(penapis), mahasiswa yang bagus dan cemerlang adalah mereka yang tidak menelan bulat2 apa yang datang kepadanya, tetapi diselidiki dahulu kesahihannya...

aPAKAH SEBENARNYA wAHHABI NI???? JOM KTE BCE SATU ARTIKEL NI, penat ak cari...artikel ni sy ambil dr sebuah kitab bertajuk :AL-ISLAM BILA MADZAHIB

Mazhab Wahhabi pada hakikatnya adalah kelanjutan dari mazhab Salafiyyah yang dipelopori oleh Ahmad Ibn Taimiyyah. Nama Wahhabi adalah nisbah dari pencetus gerakan itu, iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab, yang lahir di desa Uyainah, Nejed (Riyadh), tahun 1115H/1703M.

Muhammad bin Abdul Wahhab mendalami ilmu-ilmu syariat dengan berkeliling ke wilayah-wilayah Islam, seperti Basrah,Baghdad,Hamadzan,Asfahan,Qum dan Kairo.Setelah itu ia berkeliling mendakwahkan fahamannya yang tidak jauh berbeza dengan fahaman Ibnu Taimiyyah dan majoriti penganut mazhab Hanbali. Abdul Wahhab mengadakan pembaharuan dengan memperketat beberapa permasalahan yang tidak dilakukan oleh guru-gurunya. Ia mengharamkan rokok, melarang membangun kuburan (meninggikan), meskipun sekadar membuat longgokan tanah, melarang tashwir (foto atau gambar makhluk bernyawa). Ia juga melarang berbagai adat kebiasaan.

Disamping itu, ada satu perkara yang membezakan gerakan Muhammad Ibnu Abdul Wahhab dengan gerakan Salafiyyin yang dipelopori Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah menyebarkan dan mengajarkan fahamannya melalui tulisan-tulisan, mujadalah (dialog atau perdebatan) serta munaqasah. Sedangkan gerakan Wahhabi menyebarkan ajarannya dengan menggunakan pedang dan tentera. Dan tentu sahaja cara yang ditempuhnya itu menimbulkan reaksi keras dari pemerintah. Muhammad Ali, Garbenor Mesir, mengirimkan tenteranya untuk menumpaskan gerakan Wahhabi. Pertempuran pun terjadi beberapa kali.
Ibnu Abdul Wahhab sebenarnya bukanlah seorang yang dikatakan kuat dan bukanlah pula seorang yang fanatic, sehingga mendorongnya untuk terlibat dalam berbagai peperangan . Namun, ia adalah seorang ulama’ yang selalu dimusuhi sehingga mengharuskannya untuk mencari pelindung. Dan ia memperoleh perlindungan itu dari Muhammad bin Su’ud, penguasa Dar’iyah, salah seorang pengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab. Dengan bantuannyalah Abdul Wahhab memulakan ajaran yang mengikuti mazhabnya. Ia memasukkan orang-orang yang menerima ajakannya ke dalam barisannya. Sedangkan mereka yang menolak ajakannya dan melancarkan perlawanan, maka ayunan pedanglah cara yang diambil untuk memperkuat barisannya.

Hubungan antara Abdul Wahhab dengan Muhammad bin Su’ud kemudian dikuatkan menjadi hubungan kekeluargaan melalui ikatan perkahwinan diantara anggota keluarganya. Ketika Abdul Wahhab wafat, mazhabnya diteruskan oleh keluarganya hingga tersebar di seluruh Jazirah Arab. (untuk lebih detailnya lihat KITAB FAIDHUL KHATHIR, JILID 5, HLM 302).

Seperti biasanya, setiap mazhab baru mempunyai musuh yang menghalangi tersiarnya mazhab baru tersebut. Hal itu pun dialami oleh Wahhabi. Namun, hal itu justeru membuatkan mazhab baru itu dikenal luas di luar Jazirah Arab. Tidak sedikit jemaah haji yang menunaikan haji di Mekkah tertarik dengan mazhab baru itu, kemudian menerimanya. Ketika mereka pulang ke negaranya, mereka pun menyebarkan fahaman tersebut, dengan cara itulah fahaman Wahhabi tersebar di Punjab, di sebelah utara India dibawah pimpinan Sayyid Ahmad, ia bahkan membentuk wilayah baru yang dinamakan Wahhabiyyah. Dan ia juga mencontoh cara yang ditempuh pelopor gerakan ini, iaitu memerangi orang-orang yang tidak mahu menerima mazhab baru itu. Di Al-Jazair, mazhab baru itu disebarluaskan oleh Imam Sanusi. Sementara itu di Mesir Syaikh Muhammad Abduh pun menyambut baik gerakan itu, sekalipun beliau tidak mengikatkan diri dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Syekh Muhammad Abduh lebih cenderung untuk meluaskan fahaman Wahhabi dengan mengembalikannya dengan pokok ajaran Salafi yang mencakupi fahaman Ibnu Taimiyyah dan Muhammad ibn Abdul Wahhab.

Secara ringkas pada dasarnya aqidah yang menjadi landasan gerakan Wahhabi ini adalah dua hal, PERTAMA: TERFOKUS KEPADA MASALAH TAUHID YANG MURNI DALAM SEGALA ASPEKNYA. KEDUA: MEMERANGI DAN MENGHILANGKAN BID’AH.

Ibnu Abdul Wahhab berpendapat bahawa dalam masalah syariat, hokum halal dan haram, tidak dianggap sebagai hujjah, selama tidak di ambil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Meskipun demikian, mazhab Wahhabi berpendapat bahawa pintu ijtihad masih tetap terbuka bagi siapa sahaja yang telah memenuhi syarat.

Muhammad bin Abdul Wahhab juga berpendapat bahawa ziarah terhadap kuburan para wali termasuk syirik, dan ber-tawassul kepada mereka akan mengakibatkan rusaknya kemurnian aqidah. Demikian juga halnya dengan ziarah kubur dengan meletakkan makanan dengan keyakinan bahawa ahli kubur itu dapat memberikan kebaikan dan menolak mala petaka. Kebiasaan seperti itu banyak ditemui Abdul Wahhab pada masyarakat Yamamah (Riyadh) yang berkeyakinan adanya pohon kurma yang dapat menunjukkan jodoh kepada wanita atau lelaki yang yang terlambat menikah. Abdul Wahhab juga menyaksikan masyarakat yang menziarahi dan meminta berkat kepada sebuah gua yang diyakini memiliki kekuatan ghaib.

Penyimpangan-penyimpangan seperti inilah yang mendorong beliau berpendapat bahawa ziarah kubur tidak dibolehkan kecuali untuk mengambil I’tibar. Berdasarkan pendapat itu, maka para pengikut Wahhabi memasuki kampong ataupun kota untuk menghancurkan semua kuburan yang dibangun dan meratakannya debgan tanah, sehingga banyak orang Barat yang menyebut gerakan ini sebagai sebutan “PEMBANTERAS TEMPAT PEMUJAAN” . Menurut Muhammad Abu Zahrah, dalam bukunya AL-MADZAHIBUL ISLAMIAH, sebutan pembanteras tempat pemujaan itu dilekatkan pada gerakan Wahhabi kerana gerakan ini telah menghancurkan benda-benda yang dijadikan tempat berkumpul untuk meminta syafaat atau tawasul, termasuk kuburan. Selain itu, berdasarkan sebuah hadith Nabi, Bani Israel menjadikan kuburan nabi-nabinya sebagai masjid atau tempat ibadah.
Gerakan Wahhabi tidak hanya berhenti dengan runtuhnya kuburan-kuburan para wali dan meratakannya dengan tanah sahaja, namum lebih jauh dari itu, mereka memasuki kota Mekkah untuk menghancurkan semua kubah peninggalan zaman dahulu, seperti kubah Siti Aisyah, kubah tempat lahirnya Nabi Muhammad, dan kubah tempat kelahiran Abu Bakar, Ali. Begitu juga ketika mereka memasuki Madinah, dihancurkannya semua kuburan sahabat yang dibangun dan diratakannya dengan tanah dan hanya diberi tanda. Hampir sahaja mereka menghancurkan makam Rasulullah, kalau saja tidak mendapatkan reaksi hebat dari dunia Islam.

Inilah jalan yang ditempuh oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam memurnikan aqidah dari berbagai kemusyrikan, sehingga mereka juga menamakan diri sebagai “MUWAHHIDIN”.
Gerakan kedua dari usaha pemurnian aqidah yang dilakukan Wahhabi adalah pembanterasan bid’ah, misalnya perayaan Maulid, keluarnya kaum wanita ikut mengiringi jenazah, perayaan-perayaan spiritual, haul untuk memperingati kematian wali, acara-acara yang lazim dilakukan para pengikut aliran sufi untuk mengenang kematian guru atau nenek moyang mereka. Di samping itu, sebagaimana dijelaskan sebelumnya, beberapa kebiasaan, sepeti merokok, berlebihan minum kopi, laki-laki yang memakai kain sutera, mencukur janggut, dan memakai perhiasan emas, juga dianggap bid’ah.

Sikap keras Wahhabi yang seakan-akan tidak mempedulikan lagi perasaan dan pemikiran orang lain itu mendapat serangan. Raudhah di masjid Rasulullah yang dimuliakan dan dijadikan kebanggaan kaum muslimin yang berkunjung ke Madinah dihancurkan begitu sahaja oleh gerakan ini. Demikian juga pembongkaran makam para sahabat. Semua itu menimbulkan rasa antipasti dari umat Islam di seluruh dunia. Keadaan ini dimanfaatkan oleh kaum orientalis dengan menebarkan berbagai tuduhan buruk terhadap Wahhabi.

Demikianlah gerakan pemurnian aqidah yang dijalankan oleh Wahhabi, yang pada hakikatnya adalah gerakan Salafiyyah yang hanya mengamalkan segala perintah dan ajaran agama hanya dari al-Quran dan al-Sunnah Nabi. Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri sangat terkesan dengan ajaran Ibnu Taimiyyah, bahkan ia menyebut dirinya sebagai murid Ibn Taimiyah.

Kalau dianggap bahawa sebuah gerakan tidak terlepas dari kekurangan, maka barangkali kekurangan dalam gerakan Wahhabi itu hanya apa yang kami sebut tadi, iaitu kurang mengindahkan perasaan umat Islam lainnya yang memberikan perhatian kepada makam Rasulullah dan memperingati hari kelahiran beliau. Selain itu Wahhabiyah juga kurang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengembangkan pemikiran kreatif serta kurang mengikuti kemajuan pemikiran seiring dengan kemajuan peradaban manusia. Padahal, Islam sendiri tidak membekukan pemikiran. Sekalipun demikian tidaklah bijaksana untuk mengecam peribadi beliau, yakni Muhammad bin Abdul Wahhab, kerana ia hanya berusaha untuk membersihkan kemurnian aqidah Islamiyyah dari kotoran syirik dan bid’ah. Dan beliau tidaklah semata-mata duduk diatas singgahsananya sambil memerintahkan tenteranya untuk memaksa manusia mengikuti fahamannya, namun ia tetap berusaha hanya dengan mendakwahkan fahamannya untuk didiskusikan. Terbukti, ia mengutus 2 orang pengikutnya ke Al-Azhar, Mesir pada tahun 1851M, untuk menjelaskan dan mendiskusikan hakikat fahaman Wahhabi. Hasilnya, Al-Azhar menyalahkan semua tuduhan yang disebarkan oleh beberapa ulama dan orientalis. Bahkan, Syaikh Abdul Huda Ash Sha’di, salah seorang ulama Al-Azhar, menyatakan, “KALAU WAHHABI ITU PERSIS SEPERTI APA YANG KAMI DENGAR DAN KAMI KAJI INI, MAKA KAMI PUN SEMUANYA WAHHABI”. (LIHAT BAINAD DIYANAT WAL HADHARAT, HLM 139-140).

Beberapa tokoh orientalis menjejajarkan Abdul Wahhab dengan Martin Luther dalam agama Protestan. Jika Martin Luther dianggap pembaru dalam agama Protestan yang berhasil membersihkan berbagai penyimpangan dalam agamanya, maka Muhammad bin Abdul Wahhab berhasil membanteras kemusyrikan dan bid’ah yang ada dalam agama Islam.

Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang ada, akhirnya segala kesilapan dan kesalahan semoga dibetulkan dan diharap2 ditegur dan diperbetulkan sesungguhnya sy adalah manusia yg biasa yg tidak lepas daripada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan artikel yang tidak seberapa ini....

http://luqmanal-jawa.blogspot.com

.::PeNutUp SeM 1 TaHun 3::.

Exam dh abes....
laungan MERDEKA!!!!!!!!!!!!! huhuhuhu.. alhamduliLLAH.. sume dh slesai...paper smlm pn bkn men lg..hehehe...xleh riak tp..wuhuhuhu...tp bkn nk riak..nk bersyukur je..eh..ntah pe2...huhuhu

Hrm..mlm ni nek bas dh...brg blm abes kemas lg...sem ni xmcm sem lps2..sem ni ak blik nga ase gumbira n seng ati wei...sem lps slalu je ak blik nga harapan yg hancusssss n makan ati...bkn cz xleh jwb exam weii..tp..hrm..biarlah rahsia...

Ase mcm boring je blik ni...ye r..sem lps praktikal..sem ni??wt taik mate..hahaha..x r..ak blik nga azam bru..wlopn blum taun baru..hahahahaha...

Pe pn..makasaih wt mak..ayah..lecture..kwn2..pakwe2..(haha sadis,mcm ramai je).. sume la..sape2 yg terlibat dlm menaikkan smngat ak sem ni...yg wt ak turun smngat pn makasih ler bbnyak..huhuhu..bye2 sume..de masa kita jmpa lg kt cni..klo pnjang umo kta jmpa lg...aku rindu pd y tlah tiada..adakah itu tandanya..??????????


x-cen skit...hahaha

Saturday, November 07, 2009

.::8 N0vEmBeR > Epi B'DaY t0 mYsELf::.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



slamat hari lahir buat diriku..selamat pendek umur jgk...thanks to mak n ayah cz mendidik diri ini..mrmbesarkan diri ini sehingga besar pendek..kehkehkehkeh..

YA ALLAH..aku malu untuk meminta YA ALLAH..tapi aku tidak mahu menjadi hamba yang sombong YA ALLAH..YA ALLAH..di hari bersejarah bagi ku ini, ku mohon lanjutkan lah usiaku dan kedua ibubapa ku agar aku dapat membalas segala penat lelah mereka selama ini..aku mengharap redha dari Mu YA ALLAH..dengan setiap apa yang aku perolehi hari ini..YA ALLAH..jangan lah Engkau menutup ingatanku terhadap susah payah orang tua ku, guru dan sahabat2 ku..YA ALLAH..dihari yang bersejarah ini juga..aku mohon pada MU agar kebaikan sentiasa mengiringi mereka2 ini YA ALLAH..perjodohkanlah aku dengan si dia YA ALLAH..redhailah perhubungan kami sehingga akhir hayat kami berdua YA ALLAH..letakkanlah di dia dibawah jagaan MU sepanjang masa YA ALLAH..makbulkan lah doa ku YA ALLAH..amin..

Friday, November 06, 2009

.:: BeRaPa LaMa KiTa DiKuBuR?::.

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya.. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya... "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang..... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata....

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un .... Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur...... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu.. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya....

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. .

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

.::17 kEsALaHan KetiKA SoLAt::.

"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meniggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)


Wednesday, November 04, 2009

.::ExAm LaGi::.

exam lg...hrm..exam..exam..exam..boringnyer..ari ni ari ke dua ak exam lpas 26 hb aritu..lame kn??tp habuk pn tarak..makin malas stdy ade r..hrm..lambatnyer nk abes..ade 3 paper lg..esok,9 n 11 hb..pastu ak balik weh..dgn niat berkhidmat untuk mak n ayah..btol ke weh??huhuhu..

hrm..xlama lg b'day aku..ade org igt x ek??...mklum la..skang ni ak sengaja meletakkan diriku dalam mode single..xnk rapat nga sesape..perit weh..kecuali yg "ter"rapat tu ak xtau la..kn..hrm..dh tua la gamaknyer..kawen nye x lg..kawan2 dh ramai yg kawen..tp dorg xpe..xblajar dh..ak ni blajar lg..kena habiskan dulu..selesaikan satu2..kn3??huhuhu...

ak masih blur lg sbnrnyer ni..bru bngun..smlm ak tdo 1 jam je..first time dlm sjarah idup ak stdy smpi cmtu skali time exam...slalunye mlm exam stdy cikit2..rest otak la kononnya..n mmg td ak blur time jwb exam..otak ak mcm kosong je..xpnah lg jd cm2..nasib ak xnages je..pdhal sume y dlm paper tu mmg sbijik y ak score...

alhamdulillah..ALLAH bukak pintu ati ak...stlah bmacam2 doa ak bc..akhirnya sedikit demi sedikit kuar dlm otak ak...huhuhu..ni mesti cz berkat doa mak nga ayah ak..makasih mak..ayah..doakan anakmu ini terus kuat untuk melangkah..

esok menanti subjek y mmg killer..cz ustaz tu ska men psiko sket..penah dlm midsem soklan objektif..15 soklan..sume jwpan alif je..yg kitorg mjoriti kompiuh antara ba dan jim..huhuhu..xsalah ustaz jgk..ktorg yg lalai..study tp xfokus..ustz kn??huhuhu...

okey..nk stduy dlu...YA ALLAH..kuatkan lah kaki hamba MU ini untuk terus berdiri dan melangkah bersama liku2 hidup ini..

Sunday, November 01, 2009

.::mEmPeRiNgAti TrAgEdi MaMaLi::.

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”
Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.
Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Tuesday, October 27, 2009

.::AyaT al-QuRaN PaDa KuLiT BaYi::.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.



Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.






Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Allah. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Thursday, October 22, 2009

.::DiAloG RASULULLAH dEngAn iblis laknatuLLAH::.

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Tuesday, October 20, 2009

.::AkU WaNiTA & Air MaTA::.

Hari ini aku nak bercerita tentang air mata; Kenapa wanita mudah menangis? Sudah terlalu sinonim wanita dan air mata bukan? Jadi jom kita pelajari tentang air mata seorang wanita.
Lima jenis tangisan berkualiti :
1. Tangisan orang yang bertaubat
2. Tangisan seorang hamba ketika bermunajat
3. Tangisan ketika mengenang pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
4. Tangisan ketika melahirkan rasa syukur dan redha.
5. Tangisan ketika menzahirkan kebahagiaan. (Ibu menangis kerana anak berjaya dalam
exam)

Tahukah kalian bahawa, setiap tangisan wanita mempunyai komposisi yang berbeza. Jika dia menangis kerana terharu komposisinya berbeza dengan tangisan kerana merajuk. Hoho~ Sesuatu yang menarik bukan? Sungguh Allah Maha Bijaksana. Mereka yang berjiwa seni juga amat mudah menangis. Jadi kalau kita nak menegur, bercakap atau memberi komen kepada mereka yang berjiwa seni sebaiknya kita menggunakan kata-kata yang lembut dan penuh hikmah. :D

Punca wanita menangis :

1. Mencuci mata. (perempuan cuci mata dengan menangis. Lelaki cuci mata? Huhu~)
2. Mengeluarkan kimia stress dalam badan. Selepas menangis wanita akan mencapai tahap
emosi yang paling rendah dan akan kembali stabil.
3. Wanita mudah teruja dengan sesuatu perkara hingga mengundang air mata. Contoh,
apabila seorang anak yang jauh di mata mengucapkan kata rindu dan sayang pada ibu,
kebiasaannya akan mengundang hiba si ibu.
4. Keinsafan dan penyelesaian sesuatu masalah. Wanita menangani masalah dengan air mata
dahulu baru diikuti dengan tindakan.
5. Ugutan emosi. Kebiasaan ugutan emosi ini untuk lelaki, kebanyakkan
lelaki/suami/ayah/abang akan berasa tidak selesa/serba salah/ risau sekiranya wanita
mula menangis.

Aku pernah mendengar seorang perempuan bertanya kepada pakar motivasi mengenai dirinya yang mudah menangis jika menegur sahabatnya walaupun sahabatnya bersalah. Lalu, pakar motivasi bertanya kepada dia;

+ Awak anak nombor berapa?
Anak sulung.

+ Ikut muka siapa?
Ikut muka emak.

Lantas, pakar motivasi itu menyatakan kebiasaan anak sulung mudah menangis kerana ketika ibunya mengandung anak yang pertama ibu akan mempunyai mainan emosi yang tinggi hingga mudah menangis. (Hoho~ Anak sulung oh anak sulung) Seterusnya beliau menyatakan mungkin kerana gadis tersebut lebih mirip ibunya secara tidak langsung sikap ibunya juga turut tumpah kepada dia. Kebiasaannya begitu, jika seorang anak mirip wajah ayah maka dia akan lebih mengikut sikap dan rentak ayahnya begitu juga sebaliknya.
Kajian turut menunjukkan bahawa wanita akan menangis sekiranya kita bercerita mengenai cerita sedih yang pernah dilaluinya walaupun cerita itu telah dialami seminggu/sebulan/setahun yang lalu bahkan sepuluh tahun yang lalu. Owh, sungguh hati wanita begitu sensitif..huhu~ Kebiasaan tangisan kali kedua mahupun kali ketiga itu adalah kerana redha dan insaf. Alhamdulillah, moga air mata kita itu akan mendapat rahmat dari Ilahi. InsyaALLAH. :)

Kita telah tahu jenis tangisan dan punca tangisan wanita, seterusnya mari kita lihat kesan tangisan wanita :

1. Wanita yang menangis akan mendapat perhatian. (Ini paling besh sekali,P.E.R.H.A.T.I.A.N) :D
2. Menyebabkan lelaki menjadi bingung.
3. Suasana sekitar akan tergugat. (Lihat sahaja kalau ibu menangis, pasti ayah dan anak-
anak akan rasa serba tidak kena. Pasti suasana yang ceria mampu bertukar hiba melihat
seorang ibu menangis)
4. Orang lain akan mendapat mesej.
5. Mata bersih dan sihat. ;)

Ada juga yang menyatakan asuhan sedari kecil juga menyebabkan mengapa wanita mudah menangis. Kalau kita lihat, anak lelaki sekiranya menangis pasti ibu bapa akan berkata, ‘ Abang mana boleh menangis, abang lelaki ‘ , ‘ Lelaki mana boleh menangis, nanti tak macho la’ , Ish, tak hensemlah lelaki menangis, macam perempuan ‘. Jadi, secara tidak langsung perempuan dan menangis sinonim manakala lelaki dan air mata menunjukkan kelemahan. Huhu~ Tiada salahnya seorang lelaki menangis.

Rasulullah S.A.W sendiri mudah menangis, baginda menangis ketika membaca al-quran, ketika berkhutbah, ketika solat dan ketika mengingati umatnya yang tidak mampu untuk menghadapi ujian dari Allah S.W.T . Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka." Baginda menangis pada tempat yang sepatutnya baginda menangis. Jadi lelaki menangis bukan ikon kelemahan. Huhu~
Seterusnya mari kita lihat cara untuk menangani wanita menangis:

1. Wanita menangis kerana melaungkan suara hati mereka. Mungkin mereka ingin beritahu
kepada suami mereka, mereka mahukan perhatian daripada suami. Jadi fahami suara hati wanita.
2. Sekiranya wanita menangis, peluk atau peganglah tangan mereka. Kajian menunjukkan wanita akan berasa lega/selamat/selesa sekiranya dipeluk atau digenggam tangannya ketika mereka menangis.
3. Wanita juga mudah merasa hiba sekiranya pasangan meninggikan suara kepadanya. Walaupun kata-kata itu bukan bertujuan untuk memarahi tetapi jiwa wanita akan mudah terusik dengan suara yang meninggi.
4. Sekiranya wanita sedang menangis di dapur, bawakan dia ke ruang tamu atau tempat
lain. Mungkin dia menangis di dapur kerana kek coklat yang dibuatnya tidak jadi..Huhu~ Siapa tahukan? :D

Moga tips ini berguna untuk kita bersama. Untuk yang lelaki ini mungkin sesuai untuk dipraktikkan kepada ibu atau isteri anda. Untuk yang wanita pula ini mungkin boleh kita gunakan semasa bersama ibu, sahabat, adik mahupun kakak kita. ;) Wanita memerlukan enam perkara dalam kehidupan seharian mereka iaitu perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan manakala lelaki pula memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Huhu~

Monday, October 19, 2009

.::KISAH KARTINA KAMARUDDIN YG MURTAD::.

Jika anda masih ingat kisah Hartina yg murtad..
Dengarlah cerita ini yg diceritakan sendiri oleh bapa nya Hj Kamarudin
kpd wartawan sebuah majalah baru-baru ini..
Sungguh menyedihkan..
Polis tu pula mcm mala-un..bertindak tanpa panduan iman..
Betapa lemahnya sistem pendaftaran negara.. tiada langsung rasa ingin
memneylamatkan akidah sesama muslim.
Kisah Hartina

Assalamualaikum. ......... .. .kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes hartina Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2 seIslam kita....Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yangpertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina,ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian,
mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.
Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".
Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur . Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak diJalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur..
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi
kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
En.Kamaruddinbernia ga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak
dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu
iaitu pada 26Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada
kunci spare,saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00
petang.Dia pulang bersama seorang lelaki India .
Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut keranat tidak
menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai
yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang
kawan,saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah
melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
lelaki India tersebut.
Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya.Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu Bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan
mereka.Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap
bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996
iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga
bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki
India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak
mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka
pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.
Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya.Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkansaya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu
kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.
Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk
menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan
pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah
terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia
telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki
itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada
saya,saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang ada
penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar
terkejut.Sayabersam a isteri berpandangan sendiri.
Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami
terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran
perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi
saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat
laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah
dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah,
kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah
pada malam itu.
Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi
tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana
awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"
Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.Selepas
kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu.
Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada
malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.
Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina
dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina
iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.
Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap
dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan
orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?
Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama
saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam
bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki
telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul12.00
tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.
Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah
reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat
panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada diKelantan.
Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka diatas
pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur .
Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan
Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan
malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk
proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya Setelah
segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap
bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah
menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami
memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita
dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis
tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang
mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan
bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan
yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
diri.Sayatinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik
berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka.Empat minggu kawan sayamencari, minggu keempat baru jumpa.
Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang
diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan , Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu
ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan
Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah
menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai
tarikh untuk menyerbu rumah itu.
Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk,kami
meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu
buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya
kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya
diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali
namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam
masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai
pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan
kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba
lengahkan.Sayasenti asa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap
mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.
Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya sekeluarga.
Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.
Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika
itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah
membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil
anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri
Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam
bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak
dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar
yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut
keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk dirumah
sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama
dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga.Apaniat sebenar mereka ?.
Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan
saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi. Man a tahu jika hatinya terbukauntuk kembali
semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,seorang
demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang
saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk
mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang
meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada
di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya.Saya
ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya
agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.
Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa
ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad
saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.
Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua
hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam
semata-mata untuk mempertahankan bapa.( En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).
Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan rajeswaran.
Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yangtelah
menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.
Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya.Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi
melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.
Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami olehkami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya" . Apabila sesuatu perkara
telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu
daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah.
Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu